ad

PPAS jalin kerjasama dengan penerbit China Selatan, angkat Selangor hab kreatif

16 Ogos 2025, 7:39 AM
PPAS jalin kerjasama dengan penerbit China Selatan, angkat Selangor hab kreatif
PPAS jalin kerjasama dengan penerbit China Selatan, angkat Selangor hab kreatif
PPAS jalin kerjasama dengan penerbit China Selatan, angkat Selangor hab kreatif
PPAS jalin kerjasama dengan penerbit China Selatan, angkat Selangor hab kreatif

SHAH ALAM, 16 OGOS: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) memeterai perjanjian kerjasama menyeluruh dengan South China Publishing Group sempena Pesta Buku Antarabangsa China Selatan 2025 di Guangzhou.

Perjanjian itu ditandatangani Pengarah PPAS, Datin Paduka Mastura Muhammad bersama Pengarah Jabatan Antarabangsa South China Publishing Group, Chen Bin meliputi empat aspek iaitu program penerbitan dua hala, inisiatif terjemahan, penerbitan bersama bahan khas serta platform perkongsian ilmu.

Mastura berkata, usaha tersebut menjadi jambatan kekal antara komuniti kreatif kedua-dua negara selain menyokong pertumbuhan ekonomi kreatif Malaysia.

“Kerjasama ini bukan sekadar hak terjemahan atau saluran edaran, tetapi membuka ruang kepada paradigma baharu dalam pertukaran budaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selari dengan misi menyokong bakat baharu, PPAS turut memperkenalkan karya penulis dan ilustrator tempatan, kebanyakannya daripada penerbit bebas.

Kerjasama ini akan diperhebat dengan penglibatan South China Publishing Group dalam Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) yang dijadual berlangsung dari 28 November hingga 6 Disember depan.

Pesta Buku China Selatan dikenali sebagai antara acara penerbitan utama di Asia, sekali gus menonjolkan Selangor sebagai hab pertukaran sastera dan kreatif serantau.

Untuk rekod, Kerajaan Negeri melalui PPAS selaku sekretariat akan menganjurkan SIBF 2025 pada 28 November hingga 7 Disember di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.