MB: Transit perpustakaan Selangor bantu kawal pelencongan sosial pelajar

16 Nov 2026, 4:20 AM
MB: Transit perpustakaan Selangor bantu kawal pelencongan sosial pelajar
MB: Transit perpustakaan Selangor bantu kawal pelencongan sosial pelajar
MB: Transit perpustakaan Selangor bantu kawal pelencongan sosial pelajar

SHAH ALAM, 16 NOV: Pelaksanaan inovasi dan penambahbaikan kemudahan perpustakaan awam di Selangor menunjukkan hasil positif, termasuk membantu mengawal pelencongan sosial dalam kalangan pelajar.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha itu membolehkan perpustakaan berfungsi sebagai pusat transit pelajar, khususnya di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) ketika ibu bapa tiada di rumah.

“Beberapa inovasi, naik taraf dan ubah suai perpustakaan telah dilakukan, bukan hanya jadikan (perpustakaan) tempat membaca tetapi menjadi tempat aktiviti keluarga.

“Di beberapa tempat terutama PPR, ia menjadi tempat transit. Kadang kala ada makanan disediakan hasil sumbangan pegawai Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI,” katanya.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menjawab soalan di Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 16 November 2026 Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pada sesi pertanyaan mulut di Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Pada 2024, PPAS melancarkan kemudahan transit pelajar sekolah di 12 perpustakaan terpilih seluruh Selangor bagi menyediakan persekitaran yang kondusif dan selesa selepas waktu persekolahan.

Menerusi inisiatif itu, pelajar dapat memanfaatkan kemudahan perpustakaan untuk menyiapkan kerja sekolah dengan bimbingan, selain menyertai program literasi merangkumi kemahiran membaca, mengira dan mengaji.

Pelaksanaan program berkenaan turut memperluas peranan perpustakaan sebagai ruang pembelajaran dan aktiviti komuniti, selain tempat membaca serta mendapatkan bahan rujukan.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.