Gombak, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 6 petang

6 Ogos 2025, 7:43 AM
Gombak, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 6 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Gombak dan Hulu Langat hingga 6 petang.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, keadaaan sama dijangka berlaku di seluruh Pahang dan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Jelas MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.