Lima daerah Selangor, KL diramal hujan lebat hingga 9 malam

5 Ogos 2025, 10:53 AM
Lima daerah Selangor, KL diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 5 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di lima daerah Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam.

MetMalaysia memaklumkan daerah berkenaan ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang beberapa daerah di Sarawak, Sabah dan Labuan.

Agensi itu menjelaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.