ad

Penghargaan MBSJ: 773 penduduk Seri Kembangan terima tong sampah percuma

4 Ogos 2025, 1:30 AM

SERDANG, 4 OGOS: Seramai 773 penduduk Seri Kembangan menerima tong sampah secara percuma daripada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sebagai penghargaan kerana membayar cukai pintu tepat pada masanya.

Ahli Dewan Negeri Seri Kembangan, Wong Siew Ki, berkata pengagihan tong sampah berkapasiti 120 liter itu adalah sebahagian usaha mempertingkat pengurusan kebersihan di kawasan perumahan teres, di samping menghargai keprihatinan penduduk yang mematuhi kewajipan mereka.

“Menurut maklum balas penduduk, cukai pintu tahunan bagi rumah teres di sini sekitar RM400, manakala harga seunit tong sampah ini kira-kira RM100.

“Inisiatif ini membantu meningkatkan kecekapan sistem pengurusan sampah selain mendorong lebih ramai penduduk membayar cukai tepat waktu,” katanya ketika menyerahkan tong sampah kepada penduduk di Bukit Serdang, semalam.

Siew Ki turut menggesa mereka yang belum membayar cukai pintu agar berbuat demikian sebelum 31 Ogos bagi melayakkan diri menerima tong tersebut.

Sementara itu, Ahli Majlis MBSJ, Tey Boon Kiat, menjelaskan pengagihan dibuat secara percuma tanpa perlu permohonan, berdasarkan prinsip siapa cepat dia dapat, selagi stok masih ada.

“Rumah teres di bawah pentadbiran MBSJ yang tidak mempunyai tunggakan cukai pintu layak menerima tong ini,” katanya.

MBSJ memperuntukkan sebanyak 34,000 tong sampah tahun ini untuk seluruh kawasan pentadbirannya. 11,000 unit diagihkan dalam fasa pertama, diikuti 23,000 unit dalam fasa kedua.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.