ad
PBT

MBSJ anjur pertandingan fotografi, tawar hadiah wang tunai keseluruhan RM2,400

2 Jun 2025, 3:27 PM
MBSJ anjur pertandingan fotografi, tawar hadiah wang tunai keseluruhan RM2,400

SHAH ALAM, 2 JUN: Hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM2,400 menanti pemenang pertandingan fotografi khazanah tersembunyi anjuran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) 2025.

Menurut MBSJ, pertandingan bermula 5 Jun hingga 31 Julai dengan tema ‘khazanah tersembunyi’ menawarkan hadiah wang tunai RM750 untuk johan, naib johan (RM500), ketiga (RM150) dan 10 hadiah sagu hati (RM100).

Jelasnya, khazanah tersembunyi merujuk kepada tempat dalam kawasan MBSJ yang jarang diketahui orang ramai tetapi mempunyai nilai estetika, sejarah atau budaya yang bernilai tinggi.

“Lokasi itu boleh berupa taman tersembunyi, alam termasuk pokok air dan hidupannya, bangunan bersejarah, kedai tempatan yang unik atau sudut menarik yang tidak biasa dilihat oleh orang ramai.

“Adakah anda pencinta fotografi yang gemar merakam keunikan tempat yang jarang dilihat orang ramai? Inilah peluang anda untuk menyerlahkan bakat dan memenangi hadiah menarik.

“Tunjukkan kepada dunia keindahan dan keunikan bandar raya Subang Jaya dari sudut pandang anda,” katanya.

Mereka yang berminat boleh menghantar karya masing-masing dengan mengimbas kod QR dalam poster atau klik pautan https://forms.gle/DcsTsUWvMCnaagGE6 dan hubungi talian 03-56210060 untuk pertanyaan lanjut.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.