SELANGOR

MetMalaysia: Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 5 petang

25 Mei 2025, 7:00 AM
MetMalaysia: Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 5 petang
MetMalaysia: Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 25 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Langat, Kuala Lumpur dan Perlis hingga 5 petang ini.

Beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor diramal mengalami keadaan cuaca yang sama.

MetMalaysia menjelaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.