ad
PBT

MPAJ anjur program kitar semula, bawa barang dapat tunai

17 Jul 2025, 3:12 AM
MPAJ anjur program kitar semula, bawa barang dapat tunai

SHAH ALAM, 17 JULAI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan program Kitar Semula (Trash To Cash) Ahad ini di Dewan Orang Ramai AU4, Jalan AU4/11, Keramat.

MPAJ menerusi Facebook mengalu-alukan penduduk berhampiran untuk hadir ke program tersebut yang bermula jam 8 pagi hingga 1 tengah hari.

"Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen MPAJ untuk membendung pencemaran dan memupuk kesedaran alam sekitar dalam kalangan penduduk setempat," katanya.

Berikut merupakan barangan kitar semula:

1. Kutipan minyak masak terpakai (RM2 per kilogram (kg)

2. Kutipan sisa elektrik / elektronik (RM0.20/kg)

3. Kutipan bahan kitar semula seperti tin aluminum RM1/kg, kotak, kertas, plastik Rm0.20/kg dan besi RM0.40/kg (mengikut harga yang telah ditetapkan).

Program itu diselaraskan oleh Rosmayana Abu Rahim selaku wakil Zon 3. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Kitar Semula MPAJ di talian 03-4285 7390.