SHAH ALAM, 28 APRIL : Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) meluluskan 22,934 lesen perniagaan meliputi aktiviti perindustrian, hiburan, penjaja, pasar sari/malam dan pasar awam setakat 31 Mac tahun ini
Tmbalan Yang Dipertua Muhamad Shah Osmin berkata pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti perniagaan mematuhi syarat perlesenan yang ditetapkan.
“Bagi memastikan aktiviti perniagaan beroperasi dengan baik dan teratur, MPSepang terus memperkasa pemantauan dan penguatkuasaan syarat pelesenan di kawasan perindustrian.
“Sepanjang penguatkuasaan, sebanyak 485 pemis diperiksa dan 192 notis pematuhan syarat pelesenan dikeluarkan. Hasil tindakan susulan 57 premis mematuhi notis manakala selebihnya dalam proses penambahbaikan,” katanya.
[caption id="attachment_698760" align="aligncenter" width="588"] Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Muhamad Shah Osmin[/caption]
Bercakap ketika mempengerusikan mesyuarat penuh, Muhamad Shah berkata aktiviti berkenaan melibatkan pemantauan di tujuh kawasan industri dan 41 premis runcit di seluruh daerah Sepang.
“Sebanyak 17 premis dikeluarkan notis pematuhan syarat atas pelbagai kesalahan termasuk surat pemakluman kepada agensi berkaitan terhadap pelanggaran syarat.
“Tindakan susulan akan dilaksana bagi kedua-dua aktiviti ini secara berterusan bagi memastikan semua operasi perniagaan di Sepang sentiasa berada di tahap yang baik dan mematuhi semua syarat ditetapkan,” katanya.