SHAH ALAM, 23 FEB: Lebih 500 individu menyertai program gotong-royong perdana anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang 1, hari ini.
Unit komunikasi korporat MBPJ berkata aktiviti bertujuan untuk mewujudkan persekitaran tempat tinggal yang lebih bersih, selesa dan lestari bagi penduduk setempat.
Menurut pihak berkuasa tempatan itu, program disertai persatuan penduduk PPR Lembah Subang 1, Pengurusan KPKT PPR Lembah Subang, KDEB Waste Management (KDEBWM) serta para pegawai jabatan dalaman MBPJ.
“Inisiatif ini juga sejajar dengan aspirasi Petaling Jaya sebagai sebuah bandar raya yang bahagia dan mampan.
“Program juga merupakan tindakan susulan daripada lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kawasan perumahan ini pada 13 Februari lalu yang menekankan keperluan untuk meningkatkan kualiti kehidupan penduduk PPR,” maklumnya menerusi kenyataan.
Hadir sama Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya Aznan Hassan dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung.
MBPJ menambah pihaknya menyediakan peralatan pembersihan seperti mesin air tekanan tinggi (water jet) dan lori Roll On Roll Off (Roro) bagi memastikan kerja-kerja pembersihan dapat dijalankan dengan lebih efektif.
Katanya lagi, program juga merupakan usaha membendung penularan wabak denggi dengan lebih berkesan sekali gus memastikan kesihatan serta kesejahteraan penduduk terpelihara.
“MBPJ berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan secara berkala bagi memastikan persekitaran perumahan yang lebih selamat, bersih dan sejahtera untuk semua,” ujarnya.
[caption id="attachment_688520" align="aligncenter" width="700"]
Peserta program gotong-royong perdana anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membersihkan kawasan sekitar Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang 1 pada 23 Februari 2025. Foto Unit Komunikasi Korporat MBPJ[/caption]
[caption id="attachment_688521" align="aligncenter" width="700"]
Peserta program gotong-royong perdana anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membersihkan kawasan sekitar Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang 1 pada 23 Februari 2025. Foto Unit Komunikasi Korporat MBPJ[/caption]
[caption id="attachment_688522" align="aligncenter" width="700"]