ADN

Naik taraf pasar awam Kajang bakal tarik lebih ramai pengunjung

14 Feb 2025, 9:54 AM
Naik taraf pasar awam Kajang bakal tarik lebih ramai pengunjung
Naik taraf pasar awam Kajang bakal tarik lebih ramai pengunjung
Naik taraf pasar awam Kajang bakal tarik lebih ramai pengunjung
Naik taraf pasar awam Kajang bakal tarik lebih ramai pengunjung
Naik taraf pasar awam Kajang bakal tarik lebih ramai pengunjung
Naik taraf pasar awam Kajang bakal tarik lebih ramai pengunjung
Naik taraf pasar awam Kajang bakal tarik lebih ramai pengunjung
Naik taraf pasar awam Kajang bakal tarik lebih ramai pengunjung

Oleh AIDA NYAN

HULU LANGAT, 14 Feb: Kerja naik taraf Pasar Awam Kajang demi keselesaan dan keselamatan peniaga serta pengunjung membabitkan perbelanjaan hampir RM740,000.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata projek yang bermula Ogos tahun lalu itu dijangka siap Ahad ini.

Jelasnya, kerja naik taraf meliputi mengecat, penukaran lantai, baik pulih surau dan tandas, penurapan jalan serta pemasangan bumbung dan lampu jalan.

"Saya amat berpuas hati dengan kerja yang dilakukan setakat ini, namun ada lagi yang masih perlu diperbaiki.

[caption id="attachment_686958" align="aligncenter" width="918"] Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan bercakap kepada media selepas mengadakan lawatan kerja menaik taraf Pasar Awam Kajang, Hulu Langat pada 14 Februari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Pihak saya dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) akan terus dapatkan dana untuk kita naik taraf pasar ini dari semasa ke semasa," katanya kepada Media Selangor selepas lawatan kerja ke pasar berkenaan hari ini.

Tambahnya, pasar yang didirikan sejak 90-an itu menjadi tumpuan penduduk Kajang dan sekitar terutama pada hujung minggu.

Sementara itu, wakil Persatuan Penjaja Pasar Kajang Effendy Ariffin, 49, berterima kasih kepada MPKj kerana merealisasikan impian peniaga untuk membaik pulih pasar terbabit.

[caption id="attachment_686959" align="alignleft" width="448"] Wakil Persatuan Penjaja Pasar Kajang, Effendy Ariffin, 49. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Moga lepas ini lebih ramai pengunjung memeriahkan pasar ini seterusnya menaikkan ekonomi peniaga," katanya.

Pengunjung Lokman Abdul Rahim, 56, berkata beliau berpuas hati dengan baik pulih yang dilakukan terutama di tandas pasar dua tingkat itu.

"Alhamdulillah, sekarang dah selesa terutama tandas apatah lagi tandas dekat dengan kedai makan," katanya.

[caption id="attachment_686960" align="alignright" width="431"] Pengunjung, Lokman Abdul Rahim, 56. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sementara itu peniaga Santhi,60, berkata pemasangan lampu jalan dan bumbung membantu mereka terutama yang perlu berjual di kawasan luar bangunan pasar.

"Kami mula kerja 3 atau 4 pagi, jadi bila ada lampu kurang takut terutama peniaga wanita.

"Dulu tiada bumbung, hujan susah. Sekarang selesa untuk pengunjung dan peniaga," katanya.

[caption id="attachment_686962" align="aligncenter" width="1214"] Suasana pagi di Pasar Awam Kajang, Hulu Langat pada 14 Februari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_686963" align="aligncenter" width="911"] Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan mengadakan lawatan ke Pasar Awam Kajang, Hulu Langat pada 14 Februari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_686966" align="aligncenter" width="1286"] Suasana pagi di Pasar Awam Kajang, Hulu Langat pada 14 Februari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_686969" align="aligncenter" width="1219"] Pelbagai barangan basah disediakan di Pasar Awam Kajang, Hulu Langat pada 14 Februari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]