100 penduduk Kota Damansara disantuni, suara komuniti diberi perhatian

11 Okt 2026, 5:05 AM
100 penduduk Kota Damansara disantuni, suara komuniti diberi perhatian
100 penduduk Kota Damansara disantuni, suara komuniti diberi perhatian
100 penduduk Kota Damansara disantuni, suara komuniti diberi perhatian

SHAH ALAM, 11 OKT: Seramai 100 penduduk Kota Damansara disantuni menerusi program bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Izuan Kasim bagi mendengar pandangan serta mengenal pasti keperluan masyarakat setempat.

Program Bersama YB: Mendengar, Menyantuni dan Memperkasa Komuniti anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Kota Damansara itu berlangsung di Dewan Cemara, Subang Permai, semalam.

Izuan berkata program berkenaan menjadi platform mendekati masyarakat secara langsung, selain mengeratkan hubungan antara wakil rakyat dengan penduduk.

Menurutnya, pendekatan itu penting bagi memastikan suara dan keperluan komuniti terus diberi perhatian, khususnya dalam aspek kebajikan serta pemerkasaan wanita.

Pada program sama, beliau turut menyampaikan sumbangan tambahan kepada bakal jemaah umrah Kota Damansara yang dijadual berlepas ke Tanah Suci pada 8 November depan.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu melancarkan urusan perjalanan mereka. Saya mendoakan agar semua jemaah dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudah segala urusan serta memperoleh umrah yang mabrur,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Izuan menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh kebajikan komuniti dan agenda pemerkasaan wanita bagi memastikan keperluan penduduk sentiasa diutamakan.

Kategoriadn

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.