SHAH ALAM, 14 FEB: Kunjungan Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Pendidikan Loh Ker Chean ke Hulu Selangor, semalam disifatkan sebagai ruang terbaik untuk penambahbaikan kemudahan pendidikan di daerah itu.
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad berkata dalam kunjugan itu, Ker Chean dibawa meninjau ke empat sekolah bagi melihat keadaan terkini prasarana yang perlu ditambah baik segera.
“Pejabat Penyelaras DUN Batang Kali dan Parlimen Hulu Selangor akan mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama pejabat pendidikan daerah serta pengurusan sekolah bagi memuktamad secara terperinci setiap permohonan yang boleh diangkat bersekali pada tahun ini,” kata di Facebook.
[caption id="attachment_686898" align="aligncenter" width="740"]
Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Pendidikan Loh Ker Chean diiringi Penyelaras Dewan Undangan Negeri Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad meninjau empat sekolah sekitar Hulu Selangor pada 13 Februari 2025. Foto Facebook Saifuddin Shafi Muhammad[/caption]
Terdahulu, empat institusi terlibat adalah Sekolah Menengah Dato' Haji Kamarudin, Sekolah Menengah Syed Mashor, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Batang Kali dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Serendah.
Turut serta adalah Penyelaras Parlimen Hulu Selangor Dr Sathia Prakash Nadarajan, Ahli Dewan Negeri Kuala Kubu Bharu Pang Sock Tao dan pegawai pejabat pendidikan daerah.


