ADN

ADN: Dana RM8.15 juta naik taraf jalan, tangani isu kesesakan, banjir

12 Feb 2025, 3:45 AM
ADN: Dana RM8.15 juta naik taraf jalan, tangani isu kesesakan, banjir

SHAH ALAM, 12 FEB  Kerajaan Negeri memperuntuk RM8.15 juta bagi menaik taraf Jalan Rawang - Batang Berjuntai sepanjang 1.5 kilometer, tahun ini.

Wakil Rakyat Rawang Chua Wei Kiat berkata kerja meluas dan meninggikan struktur jalan tersebut dapat mengurangkan kesesakan selain risiko banjir yang kerap berlaku.

“Berita baik buat penduduk Rawang tahun ini apabila Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan naik taraf jalan berhampiran persimpangan AEON Rawang ke Kampung Sungai Bakau.

“Kerja-kerja menaik taraf bakal bermula tidak lama lagi, kita yakin kesesakan dan banjir di kawasan berkenaan dapat dikurangkan,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Wei Kiat berkata projek kolam takungan banjir di Rawang Integrated membabitkan kos RM15 juta juga sedang dibina bagi mengatasi masalah banjir.

“Kerja pembinaan sudah bermula tahun lalu. Setakat ini kita belum menerima maklumat lengkap dari Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor bila ia disiapkan tetapi kita percaya kerja sedang berjalan lancar,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.