ad
PBT

MBSJ, KDEBWM tawar khidmat kutipan sampah pukal secara percuma

10 Jan 2025, 1:15 AM
MBSJ, KDEBWM tawar khidmat kutipan sampah pukal secara percuma
MBSJ, KDEBWM tawar khidmat kutipan sampah pukal secara percuma

SHAH ALAM, 10 JAN: Majlis Bandaraya Subang Jaya menyediakan perkhidmatan kutipan sampah pukal secara percuma bagi kawasan perumahan teres selama lapan hari bermula 20 Januari.

Jabatan korporat dan pengurusan strategiknya memaklumkan perkhidmatan dengan kerjasama KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) itu dilaksana sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

“Perkhidmatan bermula 20 Januari di semua kawasan pentadbiran MBSJ. Kutipan sampah pukal ini hanya melibatkan kategori seperti tilam, perabot lama, dan seumpamanya.

“Namun ditegaskan sampah ubah suai rumah, pindah rumah, barangan elektrik serta barang kitar semula tidak termasuk di dalam perkhidmatan ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah pihak berkuasa tempatan itu, permohonan perkhidmatan kutipan sampah pukal boleh dibuat melalui KDEBWM di talian 03-80814437 atau aplikasi WhatsApp 011-35384437 bermula 13 Januari hingga 21 Januari.

Katanya, pemohon akan dihubungi KDEBWM bagi menetapkan tarikh pelaksanaan kutipan dan dikehendaki meletakkan sampah pukal masing-masing di hadapan rumah.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.