SHAH ALAM, 22 DIS: Lebih 1,000 peserta sertai Batik Family Fun Run 2024 anjuran Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) di Laman Budaya, Persiaran Tasik Seksyen 14, di sini hari ini.
EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata program sempena Hari Kanak-Kanak itu juga merupakan penutup kepada kempen Keselamatan Kanak-kanak Dalam Kenderaan yang dilancarkan sejak Mac lalu.
“Kita terima lebih 1,000 penyertaan dan hari ini kita turut mengangkat tema batik hasil lukisan beberapa Anak Istimewa Selangor (ANIS) sebagai baju rasmi larian.
“Kita harap penutup kempen hari ini ramai ibu bapa mula sedar dan cakna selain tidak lagi terlupa berhubung keselamatan anak-anak mereka,” katanya ditemui selepas larian Batik Family Fun Run sempena Hari Kanak-Kanak 2024 peringkat Selangor di sini.
Pelbagai pengisian menarik diadakan antaranya reruai pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi, sesi mewarna, sukan rakyat, van bergerak Jabatan Pendaftaran Negara serta jualan makanan dan minuman.
[caption id="attachment_678897" align="aligncenter" width="1056"]
Peserta merakam gambar dalam program Batik Family Fun Run 2024 sempena sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat negeri Selangor di Laman Budaya Shah Alam pada 22 Disember 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_678898" align="aligncenter" width="1164"]
Peserta memanaskan badan sebelum larian Batik Family Fun Run 2024 sempena sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat negeri Selangor di Laman Budaya Shah Alam pada 22 Disember 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]


