SELANGOR

Enam daerah Selangor, KL diramal hujan hingga 10 malam

24 Nov 2024, 12:07 PM
Enam daerah Selangor, KL diramal hujan hingga 10 malam

SHAH ALAM, 24 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang hingga 10 malam.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama diramal berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya seluruh Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang.

Cuaca sama turut berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman http://sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.