PBT

MPAJ tawar suntikan anti tifoid pada harga serendah RM50

29 Okt 2024, 10:14 AM
MPAJ tawar suntikan anti tifoid pada harga serendah RM50

SHAH ALAM, 29 OKT: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menawarkan suntikan anti tifoid pada harga serendah RM50 kepada pemohon lesen perniagaan dan penjaja di kawasan pentadbirannya.

Yang Dipertuanya Dr Ani Ahmad berkata tawaran itu sempena Program Pembaharuan Lesen Perniagaan Dan Penjaja yang diadakan di Galeri Aras 4, Menara MPAJ pada 1 November sehingga 31 Disember.

"Semua pemohon baharu lesen diwajibkan mendapat suntikan berkenaan daripada pegawai kesihatan pihak berkuasa tempatan.

“Suntikan ini dilaksanakan pegawai kesihatan MPAJ dan caj promosi sebanyak RM50 akan dikenakan kepada mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan tersebut,” katanya pada mesyuarat penuh, hari ini.

Selain itu, beliau memberitahu permohonan untuk mendapatkan khidmat suntikan ini boleh dibuat dengan melayari laman web www.mpaj.gov.my, hadir secara fizikal ke aras 4, Menara MPAJ atau hubungi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan di talian 03-42857344 /7170.