SELANGOR

Lima daerah Selangor diramal hujan lebat hingga 3 petang

29 Sep 2024, 5:06 AM
Lima daerah Selangor diramal hujan lebat hingga 3 petang

SHAH ALAM, 29 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang dilanda hujan lebat hingga 3 petang.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama dijangka berlaku di seluruh Melaka, Pulau Pinang, Labuan dan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.