SHAH ALAM, 17 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sehingga 4 petang.
MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan keadaan sama dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


