ad
PBT

MPAJ kutip lebih RM56 juta cukai taksiran setakat Julai

5 Sep 2024, 7:40 AM
MPAJ kutip lebih RM56 juta cukai taksiran setakat Julai

SHAH ALAM, 5 SEPT: Sejumlah RM56.6 juta cukai taksiran dikutip Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sejak Januari hingga 31 Julai lalu.

Yang Dipertuanya Dr Ani Ahmad berkata kutipan itu meningkat 0.82 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan anggaran RM87.5 juta perlu dikutip tahun ini.

“MPAJ turut mengutip tunggakan cukai taksiran sebanyak RM13.8 juta bagi tempoh sama tahun ini. Kutipan itu meningkat 17.6 peratus berbanding tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam mesyuarat penuh bulanan di Menara MPAJ baru-baru ini.

Tambah Ani, anggaran kutipan cukai tersebut ditetapkan dalam belajawan tahunan MPAJ.

Jelasnya, sasaran kutipan tunggakan cukai pula sebanyak RM20.1 juta dengan 181,147 jumlah bil yang dikeluarkan bagi penggal kedua.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.