ad
PBT

MPS kutip lebih RM67 juta cukai taksiran setakat Julai

27 Ogos 2024, 2:15 PM
MPS kutip lebih RM67 juta cukai taksiran setakat Julai
MPS kutip lebih RM67 juta cukai taksiran setakat Julai

SHAH ALAM, 27 OGOS: Sejumlah RM67.88 juta cukai taksiran dikutip Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bagi tempoh Januari hingga Julai lalu, kata yang dipertuanya.

Shahman Jalaludin berkata bagi penggal pertama bermula Januari hingga Jun, MPS mengutip RM55.29 juta manakala penggal kedua pula sebanyak RM12.59 juta.

"Untuk kutipan tunggakan cukai taksiran pula, RM7.64 juta berjaya dikutip daripada jumlah tunggakan keseluruhan RM10.68 juta," katanya dalam mesyuarat penuh bulanan semalam.

[caption id="attachment_539756" align="alignleft" width="345"] Yang Dipertua MPS Shahman Jalaludin[/caption]

Tambah beliau, MPS telah memulakan proses tindakan sitaan atau rampasan harta alih bermula pada 1 Julai lalu iaitu setelah tamat tempoh penghantaran waran tahanan.

"Hasil tindakan, sebanyak 837 akaun telah dibuat tindakan sitaan selain memproses 220,490 akaun bil cukai taksiran bagi penggal pertama.

"Sebanyak 67,059 bil dihantar secara digital iaitu melalui e-mel dan 36,753 melalui kiriman notifikasi khidmat pesanan ringkas. Tarikh akhir bayaran cukai taksiran bagi penggal kedua tamat pada 31 Ogos ini," katanya.

Shahman turut memaklumkan MPS menaik taraf portal http://mymps.mps.gov.my untuk peniaga memperbaharui dan membuat bayaran lesen perniagaan, sewaan gerai dan permit bangunan, kompaun, cagaran dan pelbagai lagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.