SHAH ALAM, 4 JULAI: Lebih 60 peluang pekerjaan ditawarkan sempena Karnival Kerjaya MuFutureJobs X MPS, Sabtu ini.
Bertempat di Lobi Menara Majlis Perbandaran Selayang (MPS), karnival berkenaan dijadual berlangsung mulai 9 pagi hingga 4 petang.
“Berita baik buat pencari kerja terutama di sekitar Kuala Lumpur. MPS dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menganjurkan karnival kerjaya Sabtu ini.
“Calon digalakkan hadir berpakaian kemas dan sopan serta membawa dokumen seperti resume, gambar berukuran passport dan salinan sijil akademik,” menurut MPS di Facebook.
Antara syarikat yang turut serta pada sesi karnival kerjaya itu termasuklah AEON Berhad, Carsome Sdn Bhd, Shariq Partners Sdn Bhd dan Vit Makanan (KL) Sdn Bhd.
Selain membuka kaunter pencarian kerja, pelbagai lagi aktiviti menarik turut diadakan antaranya bantuan penyediaan resume dan kaunseling kerjaya.
Menurut MPS, perkhimatan Bas Smart Selangor turut disediakan di Laluan MPS1 bagi memudahkan orang ramai ke karnival tersebut.
Pautan pendaftaran juga boleh dibuat menerusi laman sesawang https://bit.ly/MYFUTUREJOBSXMPS.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 019-611 5473 (Thivyah) atau 019-698 4750 (Azreen).


