ad
PBT

MBPJ anjur iftar, rai anak-anak yatim dan keluarga berpendapatan rendah

1 Apr 2024, 1:11 PM
MBPJ anjur iftar, rai anak-anak yatim dan keluarga berpendapatan rendah

PETALING JAYA, 1 APRIL: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meraikan warga kerja, anak-anak yatim dan keluarga berpendapatan rendah (B40) dalam majlis iftar di Laman MBPJ, hari ini.

Pada majlis sama, Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon juga menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 145 anak yatim dan 60 keluarga B40.

Mohamad Zahri berkata program tersebut merupakan inisiatif untuk merapatkan ukhuwah dan memberi kegembiraan kepada golongan berkenaan menyambut Aidilfitri.

“Kita anjurkan program ini dalam suasana lebih santai selain dapat mengeratkan silaturahim antara warga kerja dan penduduk setempat," katanya dalam ucapan.

Terdahulu, anak-anak yatim menerima sumbangan wang tunai RM200 dan peralatan persekolahan sementara keluarga B40 pula RM300 beserta biskut raya.

Mohamad Zahri turut menyampaikan sijil kepada empat rakan strategik MBPJ iaitu Original Penang Kayu Nasi Kandar Sdn Bhd; Hotel Le Meridien; Hotel One World dan Hotel Avante.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.