PBT

MPSepang hapus 183 tikus, pastikan kawasan bersih, elak penyakit berjangkit

31 Jan 2024, 5:00 AM
MPSepang hapus 183 tikus, pastikan kawasan bersih, elak penyakit berjangkit

SHAH ALAM, 31 JAN: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menghapuskan 183 bangkai tikus menerusi Operasi Basmi Tikus pada Sabtu lalu.

MPSepang memaklumkan operasi yang dijalankan Jabatan Kesihatan Persekitarannya bagi mengurangkan risiko penyakit berjangkit dan impak kesihatan awam.

"Operasi satu hari ini menggunakan umpan yang diletakan di kawasan yang mempunyai populasi infestasi tikus yang tinggi,” katanya menerusi Facebook.

Jelasnya, operasi seumpama akan dilaksanakan secara berkala bagi memastikan Sepang bersih dan bebas daripada ancaman haiwan perosak berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.