ad
PBT

Ahli majlis MPKj lama, baharu tekad selesai isu rakyat

19 Jan 2024, 11:04 AM
Ahli majlis MPKj lama, baharu tekad selesai isu rakyat
Ahli majlis MPKj lama, baharu tekad selesai isu rakyat

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

KAJANG, 19 JAN: Barisan muka lama dan baharu ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) penggal 2024-2025 tekad melangkah lebih jauh dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Yang Dipertua Nazli Md Taib berkata beliau yakin dengan pengalaman dan komitmen ahli majlis asal selain muka baharu membawa idea dan cadangan bagi menyelesai isu rakyat.

“Bagi penggal kali ini, hanya empat muka baharu dilantik sebagai ahli majlis namun pengalaman mereka sebelum ini, kita yakin pelantikan ini dapat membuat pembaharuan dan penambahbaikan sistem perkhidmatan MPKj.

“Dengan gandingan bersama pengarah dan kakitangan MPKj, saya yakin untuk tahun ini serta akan datang dapat membantu pihak majlis dengan lebih cemerlang memberi yang terbaik kepada penduduk di sini,” katanya.

Nazli berkata demikian selepas majlis angkat sumpah ahli majlis di Menara MPKj di sini hari ini.

Seramai 23 ahli majlis termasuk empat lantikan baharu mengangkat sumpah jawatan dengan kuota jawatan diisi sembilan dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), DAP (sembilan) dan Amanah (lima).

[caption id="attachment_624451" align="alignleft" width="343"] Muhammad Ramadhan Mohd Lotphi[/caption]

Ketua Pemuda Amanah Bangi, Muhammad Ramadhan Mohd Lotphi berkata beliau akan memberi tumpuan isu trafik dan baik pulih infrastruktur kawasan di Kajang atau Bangi.

“Banyak isu yang perlu diambil tindakan segera dan sebagai ahli majlis, saya akan cuba sedaya upaya untuk terus berkhidmat kepada rakyat,” katanya yang berkhidmat sebagai ahli Majlis Perbandaran Sepang sebelum ini.

Bagi Tang Wei Yong dari DAP pula berkata amanah yang diberikan akan digunakan sebaik mungkin dalam membantu MPKj menyelesaikan isu rakyat seperti baik pulih infrastruktur.

“Saya juga bercadang untuk adakan lebih banyak program belia supaya golongan muda dapat menjalankan tanggungjawab mereka menjaga persekitaran selain mengetahui hak yang perlu dilakukan membabitkan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.