PBT

Pertandingan reka bentuk hentian bas pintar MBPJ tawar RM10,000

1 Dis 2023, 5:00 AM
Pertandingan reka bentuk hentian bas pintar MBPJ tawar RM10,000
Pertandingan reka bentuk hentian bas pintar MBPJ tawar RM10,000

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 1 DIS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjur pertandingan reka bentuk hentian bas pintar yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000.

MBPJ menerusi Facebook memaklumkan penyertaan terbuka kepada semua warganegara sama ada individu atau organisasi.

Reka bentuk perlu mempunyai konsep tersendiri mengikut komponen asas hentian bas sedia ada yang disokong teks penerangan, anggaran kos dan mempunyai elemen pintar.

Ia juga perlu asli, mempunyai ciri mesra hijau dan orang kurang upaya, beridentiti bandar raya Petaling Jaya serta tiada elemen sensitif termasuk menyentuh keagamaan, perkauman dan politik.

Dokumen sokongan boleh dihantar melalui e-mel transportplanning@mbpj.gov.my sebelum tarikh akhir penyertaan pada 31 Januari 2024 sebelum 5 petang.

Orang ramai boleh dapatkan butiran lanjut melalui imbas kod QR pada poster atau hubungi talian 03-7956 3544 sambungan 351 (Muhammad Sazrul).