PBT

Asah bakat di festival seni Tanjung Karang hari ini hingga Ahad

3 Nov 2023, 12:32 AM
Asah bakat di festival seni Tanjung Karang hari ini hingga Ahad

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 3 NOV: Orang ramai berpeluang mengasah bakat seni bersama artis mural daripada Art Batallion melalui Wall Fest Tanjung Karang anjuran Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mulai hari ini hingga Ahad.

MPKS memaklumkan festival seni itu diadakan di Dataran Astaka, Tanjung Karang dengan pelbagai aktiviti untuk pengunjung.

Antara aktiviti menarik disediakan lukisan mural, persembahan busker, lukisan muka kanak-kanak, kraf pasar seni, sesi karaoke dan riadah skuter percuma.

Turut diadakan pada program tiga hari bermula jam 10 pagi hingga 6 petang itu adalah hari tanpa kenderaan, gerai jualan dan cabutan bertuah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.