PBT

MPAJ tawar beli minyak masak terpakai RM2 sekilogram, usaha cegah pencemaran

25 Ogos 2023, 7:00 AM
MPAJ tawar beli minyak masak terpakai RM2 sekilogram, usaha cegah pencemaran

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 25 OGOS: Majlis Perbandaran Ampang Jaya menawarkan pembelian minyak masak terpakai RM2 sekilogram menerusi program pengumpulan minyak masak terpakai anjurannya.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan program dilaksanakan dua hari bermula esok di Surau Itihadiah, Taman Melor Ampang dari 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Aktiviti sama diteruskan pada Ahad di Apartmen Widuri Taman Kosas dari 9 hingga 11 pagi manakala di Dataran Kampung Sungai Seputih Lembah Jaya mulai 11 pagi hingga 1 tengah hari.

"Program ini inisiatif MPAJ untuk mencegah pencemaran pembuangan minyak masak terpakai," katanya menerusi Facebook.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Nora di talian 012-3284047.

Pada 4 Februari lalu MPAJ mengumumkan pihaknya berjaya mengumpulkan hampir 10 tan minyak masak terpakai dan 12 tan sisa barangan elektrik atau elektronik (e-waste) menerusi pertandingan hari alam sekitar anjurannya.

Pertandingan bermula April hingga Disember tahun lalu menerima 47 penyertaan daripada komuniti termasuk pelajar sekolah rendah dan menengah.