PBT

Sertai pertandingan nyanyian MPAJ, wang tunai RM300 menanti juara

15 Jun 2023, 9:08 AM
Sertai pertandingan nyanyian MPAJ, wang tunai RM300 menanti juara
Sertai pertandingan nyanyian MPAJ, wang tunai RM300 menanti juara

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib

SHAH ALAM, 15 JUN: Orang ramai dipelawa menyertai pertandingan nyanyian anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada 24 Jun depan.

Pertandingan Senada Suara 2023 sempena Karnival Ampang Mampan terbuka kepada tiga kategori iaitu kanak-kanak, remaja dan dewasa secara percuma.

Pemenang setiap kategori akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300 diikuti naib johan (RM200) dan ketiga (RM100).

Acara di Lorong Ampang Mampan SDGs, Jalan Memanda 2, Ampang Point turut menyediakan hadiah sagu hati masing-masing RM50 selain menerima hamper.

Menurut poster di Facebook, pertandingan akan bermula pada jam 10 pagi bagi saringan awal manakala peringkat akhir pada jam 9 malam.

Mereka yang berminat boleh hubungi urusetia pertandingan di talian 011-73024108 (Zakiah) dan 018-6600420 (Adlina).