Oleh YUSLIZA YAKIMIR ABD TALIB
AMPANG, 11 JUN: Lebih 5,000 pengunjung hadir ke program Projek Perintis Bandar Sihat anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Laman Rekreasi Tasek Tambahan yang baharu dinaik taraf di sini hari ini.
Program bermula seawal 7.30 pagi dengan acara jalan santai sejauh 3 kilometer disertai lebih 500 peserta, tai chi dan zumba.
[caption id="attachment_586435" align="alignleft" width="266"]
Teo Hun Boon[/caption]
Turut diadakan pertandingan mewarna, bola sepak terbuka 2023 dan sepak takraw Piala YDP MPAJ 2023 yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM10,000.
Peserta, Teo Hun Boon, 47, berkata riadah berkenaan bukan saja menarik minat ibu bapa malah dapat menjadi aktiviti yang bermanfaat untuk memupuk gaya hidup sihat.
Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Ampang itu juga berkata naik taraf taman rekreasi tersebut adalah tindakan tepat bagi menggalak belia dan kanak-kanak melakukan aktiviti berfaedah.
[caption id="attachment_586436" align="alignright" width="268"]
Azura Mohd Bohari[/caption]
“Perubahan taman rekreasi ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya penduduk di kawasan Ampang khususnya golongan belia,” katanya.
Sementara itu, suri rumah, Azura Mohd Bohari, 45, berkata beliau selalu menyokong program anjuran MPAJ dan berharap lebih banyak aktiviti santai di taman rekreasi tersebut.
[caption id="attachment_586437" align="alignleft" width="269"]
Yasreen Mohd Yunus[/caption]
“Hari ini, saya bawa keluarga sertai aktiviti jalan santai, agak teruja juga melihat perubahan di taman ini dilengkapi pelbagai kemudahan contohnya taman permainan yang dinaik taraf dan taman yang luas untuk kanak-kanak bermain,” katanya.
Manakala, Yasreen Mohd Yunus, 36, yang membawa dua anak menyertai pertandingan mewarna bersyukur kerana beliau kini boleh membawa anak beriadah di sini lebih kerap kerana kemudahan yang lengkap dan selesa.


