PBT

MPAJ kumpul 167 kg e-waste, ajak masyarakat terus pelihara alam sekitar

1 Mei 2023, 7:00 AM
MPAJ kumpul 167 kg e-waste, ajak masyarakat terus pelihara alam sekitar

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 1 MEI: Sebanyak 167 kg sisa elektrik dan elektronik (e-waste) berjaya dikumpulkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata ia sempena program pengumpulan e-waste anjuran Jabatan Kesihatan Alam Sekitar MPAJ di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana Ampang pada 29 April lalu.

“e-Waste merupakan bahan barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak, tidak berfungsi, lama atau usang. e-Waste dikitar, bumi terpelihara. Mari kita sama-sama menggalas tanggungjawab memelihara alam sekitar,” maklumnya di Facebook.

Tahun lalu, MPAJ berjaya mengumpulkan 12 tan sisa e-waste menerusi pertandingan Hari Alam Sekitar MPAJ yang disertai 47 komuniti termasuk pelajar sekolah rendah dan menengah mulai April hingga Disember.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.