PBT

Orang ramai dipelawa meriahkan jualan raya di Laman MBPJ

14 Apr 2023, 7:03 AM
Orang ramai dipelawa meriahkan jualan raya di Laman MBPJ

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 14 APRIL: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mempelawa orang ramai memeriahkan PJ Flea Market Raya Rahmah di Laman MBPJ, Seksyen 52, Petaling Jaya mulai hari ini hingga Ahad.

Program dianjurkan selama tiga hari bermula 3 petang sehingga 12 tengah malam itu meghimpunkan seramai 20 peniaga yang menjual pelbagai barangan sempena Aidilfitri, maklum unit komunikasi korporat MBPJ.

"Kita jemput orang ramai khususnya warga Petaling Jaya memeriahkan program PJ Flea Market Raya Rahmah ini dengan pelbagai barangan dijual sempena Aidilfitri bakal tiba nanti.

"Antara barangan yang dijual termasuk pakaian lelaki dan wanita, pakaian terpakai, makanan, minyak wangi, aksesori wanita serta kuih raya," katanya..

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.