ADN

DUN Kinrara peruntuk RM34,000 bantu program ihya' Ramadan di masjid, surau

30 Mac 2023, 1:00 PM
DUN Kinrara peruntuk RM34,000 bantu program ihya' Ramadan di masjid, surau

SUBANG JAYA, 30 MAC: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara memperuntukkan RM34,000 untuk sumbangan program ihya' Ramadan kepada surau dan masjid sekitar.

Wakil rakyatnya, Ng Sze Han berkata 30 masjid dan surau menerima sumbangan bagi pelaksanaan aktiviti sepanjang Ramadan.

Beliau berkata setiap masjid menerima sumbangan RM2,000 manakala surau RM1,000.

“Selain itu, sumbangan berkala juga diberikan kepada surau yang memohon untuk menambah baik atau baik pulih kemudahan mereka seperti baiki bumbung dan sebagainya.

“Saya akan beri sumbangan mengikut keperluan yang diminta dan berdasarkan keupayaan (bajet) yang saya ada,” katanya ditemui selepas meninjau projek pembinaan jalan sambungan antara persiaran Taman Perindustrian Kinrara dan Jalan BK 5B, Puchong di sini, hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.