PBT

Lori disita ketika leka buang sisa binaan secara haram

9 Dis 2022, 7:19 AM
Lori disita ketika leka buang sisa binaan secara haram

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 9 DIS: Sebuah lori disita oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) ketika leka membuang sampah secara haram di Telok Panglima Garang semalam.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata tindakan dilakukan hasil tinjauan pegawai penguatkuasaannya di tapak pembuangan terbabit.

"Lori berkenaan didapati melakukan kesalahan membuang sampah bahan binaan dan sampah domestik tanpa kebenaran," katanya menerusi Facebook.

MPKL menjelaskan tindakan sitaan terhadap lori berkenaan telah dibuat di bawah Undang-Undang Kecil 21 (1), Undang-Undang Kecil Pemungutan,Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap 2007.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.