Dron kesan pembuangan sampah haram, MPKL sita sebuah lori RORO

4 Sep 2026, 4:46 AM
Dron kesan pembuangan sampah haram, MPKL sita sebuah lori RORO
Dron kesan pembuangan sampah haram, MPKL sita sebuah lori RORO

SHAH ALAM, 4 SEPT: Pemantauan menggunakan dron membawa kepada penemuan kegiatan pembuangan sampah domestik dan sisa pukal secara haram di sebuah lot di Jalan Sijangkang Utama, Kuala Langat, pada 27 Ogos lalu.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memaklumkan kegiatan itu dikesan ketika pemantauan udara dijalankan terhadap aktiviti tambakan tanah di kawasan berkenaan.

Hasil pemantauan turut mengesan pergerakan sebuah lori RORO yang memasuki lot berkenaan dipercayai bagi membuang sampah secara haram.

Susulan itu, penguat kuasa MPKL bertindak menahan dan menyita lori terbabit sebelum dibawa ke Depoh Simpanan Tahanan MPKL untuk tindakan lanjut.

“MPKL memandang serius kegiatan pembuangan sampah secara haram yang boleh mencemarkan alam sekitar serta menjejaskan kebersihan dan kesejahteraan penduduk setempat,” menurut kenyataan di Facebook.

MPKL menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan pembuangan sampah haram mengikut peruntukan undang-undang berkuat kuasa.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.