PBT

MBPJ anjur konsert percuma kumpulan Wings 3 Disember 2022

25 Nov 2022, 3:51 AM
MBPJ anjur konsert percuma kumpulan Wings 3 Disember 2022
MBPJ anjur konsert percuma kumpulan Wings 3 Disember 2022

SHAH ALAM, 25 NOV: Peminat muzik rock jangan lepaskan peluang menyaksikan konsert kumpulan Wings anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 3 Disember ini.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata konsert kumpulan lagenda rock berkenaan diadakan sempena PJ International Folklore Festival! yang ketika ini sedang berlangsung.

"Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Konsert Wings percuma untuk anda semua bermula jam 9.00 malam.

"Sila kongsikan kepada kawan, rakan sekerja, keluarga dan jiran anda untuk hadir ke konsert ini untuk berhibur bersama kumpulan Wings!," katanya menerusi Facebook.

Konsert itu akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya dan untuk maklumat lanjut layari laman web MBPJ di www.mbpj.gov.my atau Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

[caption id="attachment_551828" align="aligncenter" width="670"] Poster konsert kumpulan Wings anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ yang akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya pada 3 Disember 2022. Foto Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.