PBT

Khairil Aslan tawan Banjaran Paru Paru, Indonesia hasil tajaan MBPJ

5 Nov 2022, 3:14 AM
Khairil Aslan tawan Banjaran Paru Paru, Indonesia hasil tajaan MBPJ

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 5 NOV: Pendaki solo, Khairil Aslan Ab Rashid berjaya menawan tiga puncak gunung dalam ekspedisi Banjaran Paru Paru, Indonesia pada Rabu lalu.

Khairil Aslan, 47, mengambil masa 19 hari dalam melengkapkan ekspedisi berkenaan bermula 15 Oktober lepas dengan mendapat tajaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Tiga puncak gunung yang ditawan pendaki itu adalah puncak Tanpa Nama (ketinggian 3,455 meter), puncak Loser (3,404 meter) dan puncak Lauser (3,119 meter).

"Tahniah, seluruh warga MBPJ akan sentiasa menjadi tulang belakang dan menyokong Khairil Aslan," katanya menerusi Facebook MBPJ semalam.

MBPJ turut mengucapkan semoga berjaya dalam ekspedisi menawan puncak yang lebih tinggi dan mencabar.

Pada 2016 peserta Ekspedisi Solo Merdeka Anak Muda Gombak (AMG) itu berjaya menawan tiga puncak Himalaya secara solo dalam tempoh sebulan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.