PBT

MBSA tawar kompaun parkir RM10, potongan 70 peratus terpilih sepanjang Oktober

29 Sep 2022, 3:08 AM
MBSA tawar kompaun parkir RM10, potongan 70 peratus terpilih sepanjang Oktober

SHAH ALAM, 29 SEPT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan kompaun tempat letak kereta serendah RM10 sempena sambutan ulang tahun ke-22 bandar raya itu bulan hadapan.

Pihak berkuasa tempatan itu turut menawarkan kempen pengurangan kompaun terpilih sebanyak 70 peratus sepanjang Oktober.

“Kempen ini akan bermula dari 1 hingga 31 Oktober depan. Jom rebut peluang ini untuk menyelesaikan kompaun tertunggak,” katanya menerusi Facebook.

Sempena sambutan sama, orang ramai juga berpeluang menikmati kemudahan MBSA seperti dewan serbaguna dan tempat letak kenderaan secara percuma.

Berikut adalah insentif yang ditawarkan percuma:

  • Sewaan dewan serbaguna/gelanggang MBSA (10 Oktober)
  •  Tempat letak kereta percuma di Bangunan Wisma MBSA dan Hub Seksyen 19 (11 Oktober)
  •  Promosi keahlian percuma Perpustakaan MBSA (sepanjang Oktober)

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.