PBT

MDSB tawar diskaun kompaun sehingga 80 peratus

13 Sep 2022, 8:39 AM
MDSB tawar diskaun kompaun sehingga 80 peratus
MDSB tawar diskaun kompaun sehingga 80 peratus

SHAH ALAM, 13 SEPT: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menawarkan pengurangan kompaun bagi pelbagai kesalahan sehingga 80 peratus yang berakhir hujung bulan ini.

Menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, tawaran sempena bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia mensasarkan 1,227 notis kompaun yang masih belum selesai sejak 2014.

"Melalui kempen ini orang ramai khususnya peniaga berpeluang menyelesaikan semua jenis notis kompaun atau saman oleh MDSB.

“Program ini juga secara tidak langsung untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai kepentingan pematuhan undang-undang serta peraturan PBT," katanya.

Sasaran kempen melibatkan penjaja atau peniaga yang mempunyai kompaun lampau di bawah peruntukan Undang-undang Kecil (UUK) Mengkompaun Kesalahan (Akta Kerajaan Tempatan) dan UUK Mengkompaun Kesalahan (Akta Jalan, Parit & Bangunan).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.