SHAH ALAM, 28 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan diskaun sehingga 65 peratus bagi kompaun terpilih menerusi Kempen Pengurangan Kompaun Aidilfitri 2026 yang berlangsung dari 1 hingga 31 Mac ini.
Menerusi kenyataan di Facebook, MBSA memaklumkan kempen khas sempena Aidilfitri itu memberi peluang kepada orang ramai melangsaikan tunggakan pada kadar lebih rendah dalam tempoh terhad.
“MBSA turut menawarkan kadar khas RM20 bagi Kompaun Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MBSA 2007, tertakluk kepada syarat dan tempoh kempen yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.
Semakan dan bayaran boleh dibuat melalui saluran rasmi MBSA termasuk imbasan kod QR yang disediakan.
Orang awam yang mempunyai tunggakan digesa memanfaatkan tempoh sebulan ini sebelum kempen berakhir pada 31 Mac. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kewangan MBSA di talian 03-5510 5133 sambungan 1521, 1839 atau 1203.







