SHAH ALAM, 5 SEPT: Orang ramai dijemput menyertai larian komuniti sejauh lima hingga 10 kilometer (km) di Arena MBSJ, Subang Jaya pada 22 Oktober depan.
Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memaklumkan Larian Komuniti Subang Jaya 10K dianjurkan sempena sambutan ulang tahun keduanya diiktiraf sebagai bandaraya.
Pelepasan larian bagi 10km ialah pada jam 7 pagi dengan anggaran masa dua jam manakala pelepasan 5km pada jam 7.15 pagi selama sejam.
Menerusi poster di Facebook, acara berkenaan terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan pendaftaran bermula 2 hingga 22 September.
Penyertaan boleh dilakukan di pautan yang disediakan atau hubungi talian hotline 019-554 1902 atau 03-5103 3888 atau layari http://www.racexasia.com.



