PBT

Jom meriahkan Hari Tanpa Kenderaan MPSepang Sabtu ini

18 Jul 2022, 9:44 AM
Jom meriahkan Hari Tanpa Kenderaan MPSepang Sabtu ini

SHAH ALAM, 18 JULAI: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mempelawa orang ramai memeriahkan program Hari Tanpa Kenderaan pada Sabtu ini.

Yang Dipertuanya Dato' Abd Hamid Hussain berkata program seawal jam 6.30 pagi hingga 8.30 pagi dijadual berlangsung di BBST Walk Bandar Baru Salak Tinggi.

" Sebelum ini kita anjurkan di Tasik Cyberjaya tetapi kali ini kita mahu mempromosi BBST Walk yang sudah diberi nafas baharu dengan pelbagai lukisan mural yang cantik.

"Justeru, kita mengajak penduduk Sepang bersama memeriahkan program pada hujung minggu ini sambil beriadah bersama keluarga," katanya.

Pelbagai acara menarik disediakan termasuklah tarian kebudayaan, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna, pameran polis dan bomba.

Selain hari bertemu pelanggan, persembahan pentas, fun walk 5,000 langkah dan zumba turut dianjurkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.