PBT

MBPJ rai warga emas, OKU sempena Ramadan

29 Mac 2022, 12:30 AM
MBPJ rai warga emas, OKU sempena Ramadan

SHAH ALAM, 29 MAC: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meraikan 60 individu terdiri warga emas dan orang kurang upaya (OKU) menerusi Program Tautan Kasih Warga Emas dan OKU sempena Ramadan.

Kesemua mereka menerima wang tunai RM250, kurma, kain batik dan pelikat yang disampaikan Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md. Amir bertempat di Dewan Sivik MBPJ.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan program ini bertujuan untuk mendekati, membantu dan memberi perhatian kepada golongan warga emas dan OKU yang amat memerlukan perhatian.

"Ia bersesuaian dengan agenda Petaling Jaya Pintar, Mampan dan Berdaya Tahan 2030 (PJSSR2030)  serta inklusif kepada semua golongan masyarakat dengan mengambil kira keperluan dan penglibatan semua peringkat masyarakat terutama  golongan B40.

"Selaras dengan konsep 10 Program Berimpak Tinggi yang disusun dalam pelan pembangunan bandar. Ia memberi fokus kepada pembangunan golongan miskin bandar dan kesejahteraan komuniti selain membantu golongan B40 bagi membuat persediaan Ramadan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.