PBT

MBSJ seru penduduk segera bayar cukai taksiran

15 Jul 2021, 1:40 AM
MBSJ seru penduduk segera bayar cukai taksiran
MBSJ seru penduduk segera bayar cukai taksiran

SHAH ALAM, 15 JULAI: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menggesa orang ramai menjalankan tanggungjawab membayar cukai taksiran dengan segera.

Menerusi Facebook, pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan pembayaran cukai taksiran itu adalah bagi memastikan fasiliti, infrastruktur dan kemudahan awam dapat disediakan serta diselenggara dengan baik.

"Tarikh bayaran akhir adalah selewat-lewatnya pada 31 Ogos ini.

"Warga MBSJ boleh membuat semakan e-Bil dengan mengimbas kod QR pada poster dengan mendaftar sebagai ahli di pautan www.mbsj.gov.my," katanya.