PBT

MBSA nafi beri vaksin secara terus kepada orang ramai

4 Jun 2021, 6:24 AM
MBSA nafi beri vaksin secara terus kepada orang ramai

SHAH ALAM, 4 JUN:  Tiada urusan pemberian vaksin kepada orang awam di Dewan Tanjung dan Dewan Teratai di Seksyen 19 di sini, kata Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

MBSA membuat penafian selepas tular mesej pagi ini mendakwa dua dewan itu dibuka setiap Rabu dan Khamis sebagai pusat pemberian vaksin secara terus kepada orang awam.

Bahagian korporat dan perhubungan awam MBSA berkata maklumat yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp itu tidak benar sama sekali.

"MBSA menerima permohonan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor untuk menggunakan dewan tersebut sebagai lokasi pemberian vaksin kepada petugas barisan hadapan di negeri ini," katanya.

Jabatan itu turut menasihatkan orang ramai mendapatkan pengesahan dan menyemak fakta sebelum menyebarkan sesuatu maklumat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.