PBT

Empat pasar tani malam di Sepang ditutup sepanjang PKP

14 Jan 2021, 8:27 AM
Empat pasar tani malam di Sepang ditutup sepanjang PKP

SHAH ALAM, 14 JAN: Empat pasar tani yang beroperasi pada waktu malam ditutup Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Yang Dipertua Dato' Abd Hamid Hussain berkata penutupan membabitkan Pasar Tani Seroja, Pasar Tani Kosmopleks, Pasar Tani Warisan dan Pasar Tani Taman Dengkil Jaya.

"Bagaimanapun pasar tani yang beroperasi pada waktu pagi dan pasar pagi boleh dibuka. Yang ditutup hanya pasar tani malam dan pasar malam sahaja, ia selari dengan arahan Majlis Keselamatan Negara," katanya kepada SelangorKini.

Beliau menambah sebarang pindaan berhubung pembukaan semula pasar terbabit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Pemakluman tarikh kembali berniaga untuk setiap peniaga hanya akan diedarkan melalui pesanan teks di telefon bimbit masing-masing bagi mereka membuat persiapan awal," katanya.

Kerajaan memutuskan pelaksanaan PKP di Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah selama 14 hari bermula semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.