SELANGOR

Kekal rekod baik jaga kelestarian orang Asal

27 Feb 2019, 4:37 AM
Kekal rekod baik jaga kelestarian orang Asal

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SEMENYIH, 27 FEB: Kerajaan Negeri akan terus mengekalkan rekod baik dalam memelihara kelestarian penduduk orang Asal, di Selangor.

Mengambil contoh di Semenyih, Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, masalah utama masyarakat itu, di kawasan berkenaan adalah berkaitan pengazetan kawasan rayau dan tempat tinggal mereka.

"Dalam isu tanah orang Asal ini, ada sebahagiannya bertindih dengan beberapa agensi dan syarikat, ia bukan sesuatu isu yang mudah, namun jika dilihat rekod kita, Kerajaan Negeri sanggup bayar sehingga RM12 juta ketika isu di Kampung Jambu, Dengkil.

"Tadi dalam mesyuarat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kita putuskan beri pampasan sehingga RM100 juta kepada orang Asal dan memberikan rumah bernilai RM148 juta untuk pembangunan di Kawasan Bukit Baja, Dengkil," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan masalah orang Asal, di Semenyih pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Agenda Aiman4Semenyih, di Pangsapuri Bandar Rinching, di sini, malam tadi.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.