SELANGOR

Aeroangkasa: Selangor muncul pembekal utama sayap Airbus

28 Nov 2018, 6:43 AM
Aeroangkasa: Selangor muncul pembekal utama sayap Airbus

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 28 OKT: Selangor muncul sebagai pembekal utama bagi komponen sayap pesawat Airbus A320, kata Dato' Teng Chang Khim.

EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) itu berkata, perkembangan terbabit hasil usaha keras Kerajaan Negeri meningkatkan pelaburan dalam industri aeroangkasa, di Selangor.

"Kalau peringkat Persekutuan, mereka sasarkan '3 M' iaitu Morocco, Mexico dan Malaysia untuk menempatkan Malaysia sebagai salah satu negara pengeluar utama produk aeroangkasa.

"Di Selangor pula kita ada 3S iaitu, Subang, Sepang dan Serendah sejajar dengan hasrat Kerajaan Persekutuan memperluaskan lagi sektor industri aeroangkasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 di Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri juga sedia berkerjasama dengan Khazanah Nasional bagi membincangkan keperluan tanah menempatkan pelaburan industri berteknologi tinggi berkenaan.

Katanya, langkah itu akan memacu pembangunan hab aeroangkasa di Selangor, sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada tenaga mahir negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.