PBT

500 peserta bakal jaya Larian Bendang Sabak Bernam

5 Nov 2018, 2:41 AM
500 peserta bakal jaya Larian Bendang Sabak Bernam

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SABAK BERNAM, 5 NOV: Majlis Daerah Sabak Bernam menyasarkan penyertaan kira-kira 500 peserta tempatan dan antarabangsa, pada Program Larian Bendang, di Stadium Sungai Besar, di sini, pada 10 November ini.

Setiausahanya, Mohd Muktafi Sarpan berkata, program kali ketiga itu diadakan sempena Karnival Pelancongan Sabak Bernam 2018.

"Pendaftaran program bermula pada jam 6 pagi dan pelepasan larian dijangka, pada jam 7 pagi.

"Bagi kategori Man Master, Man International dan Women International, peserta akan berlari sejauh 13 kilometer (km), manakala kategori Women Master 10km serta larian santai 6km," katanya.

Katanya, program itu turut menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM13,000.

Antara pengisian program lain sempena karnival berkenaan adalah Ekspo Karnival Pelancongan, Raja Catur Sabak Bernam, pertandingan mewarna kanak-kanak, persembahan Pentas dan cabutan bertuah.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.myrunners.org/events/larian-bendang-sungai-besar-2018/.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.